Kenapa Bayi Kuat Menangis

BAYI YANG SELALU MENANGIS
Bayi  yang selalu menangis menimbulkan perasaan yang tidak senang kepada ibubapa terutama jika  tangisannya berterusan hingga beberapa jam atau berterusan di waktu jauh malam. Perasaan resah  selalu dirasai oleh ibubapa  kerana khuatir kalau - kalau  bayi mereka menghidap sesuatu penyakit.  Menangis ialah satu cara seseorang bayi itu menyatakan perasaan atau emosinya dan ibubapa mestilah cuba memahami sebab - sebab bayi mereka menangis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil.
Ada orang yang mengatakan 'biarlah bayi itu menangis, elok untuk paru - parunya' atau ' biarlah bayi itu menangis, apabila dia letih dia akan berhenti dengan sendirinya'.  Anggap ini adalah tidak benar.  Seseorang ibu perlu mengetahui sebab - sebab bayinya menangis supaya dia lebih senang menghadapi keadaan ini dan memerlukan pertolongan atau nasihat daripada ibunya sendiri, wanita lain yang lebih berpengalaman atau daripada doktornya sendiri. Selalu terdapat bayi-bayi yang kerap menangis dan kurang tenteram jika ibunya berinteraksi dengannya dalam keadaan cemas, resah atau tergesa-gesa.    
Sebab-sebab bayi menangis
Adakah dia lapar ? Ini selalunya jelas bila waktu menyusu telah tiba dan bayi mungkin kelihatan mengisap jarinya. Dia akan berhenti menangis apabila disusukan. Jika bayi masih terus menangis mungkin lampinnya basah  dan dia berasa sejuk dan dia berasa panas hingga berpeluh. Bayi yang  tidak selesa atau berasa sakit akan juga menangis jika dia kurang sihat seperti sakit perut, atau menghidap demam virus yang menyebabkan hidungnya tersumbat. Bayi yang telah diberi suntikan pengimunan kadangkala sering menangis dan ubat yang biasa dibekalkan oleh doktor boleh mententeramkannya. Bayi mungkin kurang selesa akibat kulit yang sangat gatal. Ada juga didapati bayi yang selalu menangis apabila keletihan dan tidak dapat tidur karana terlalu lama dilayani oleh orang disekelilingnya. Ada juga terdapat bayi-bayi yang selalu menangis selama 10 atau minit setiap kali dia hendak tidur. Para ibu perlu mengenali kelakuan bayinya supaya mereka tidak mudah berasa cemas. Ibu yang berpengalaman boleh mengetahui dari tangisan bayi sama ada ia lapar atau dalam kesakitan.
  Satu keadaan yang biasa berlaku di kalangan bayi-bayi di bawah umur tiga bulan adalah dimana seseorang bayi itu asik menangis berjam-jam di waktu petang atau malam.  Walau apa jua yang dilakukan oleh ibu dia sukar ditenteramkan. Cerita yang biasa didengari ialah dimana seseorang ibu  mengatakan  yang anaknya selalu menangis dari jam 2.00 petang hingga  6.00 petang  atau dari  jam  6.00 petang hingga  10.00 malam. Bayi ini sukar ditenteramkan dan biasanya berhenti menangis setelah beberapa jam. Apabila sampai waktunya dia akan minum seperti biasa dan terus tidur. Kesihatan bayi ini biasanya tidak terjejas. Keadaan seperti ini mungkin berlaku sekali-sekala di kalangan separuh bayi tetapi ada bayi yang mengalami keadaan ini hampir setiap hari. Apabila diperiksa oleh doktor jelas kesihatan bayi adalah memuaskan dan ibu bapa dinasihatkan  supaya bersabar kerana keadaan ini biasanya berhenti dengan sendiri apabila usia bayi meningkat tiga bulan. Kadangkala doktor perlu memberikan ubat untuk mententeramkan bayi dari masa ke masa.
Kelakuan bayi berbeza di antara satu dengan yang lain. ada bayi -bayi yang diam sahaja jika dibiarkan dalam tempat tidurnya setiap masa. Ada pula bayi lain yang tidak boleh ditinggal bersendirian. Dia akan terus menangis dan hanya dapat ditenteramkan apabila didukung oleh ibunya.
 Memang ada juga terdapat bayi -bayi yang selalu menangis dengan tidak ada sebab -sebab yang jelas. Dia menangis setelah bangun dari tidur , menangis sebelum tidur dan menangis jika dibiarkan bersendirian. Jika dia selalu menangis hingga jauh malam tertentu ibunya akan berasa letih. Bayi seperti ini kadangkala boleh ditenteramkan dengan cara mendukungnya selalu , atau menidurannya di dalam buaian yang boleh dienjut -enjutkan. Membawanya naik kereta boleh juga ditenteramkannya. Ibu yang mengalami keadaan ini perlulah bertenang dan sokongan serta pertolongan dari suami dan saudara -mara boleh meredakan ketegangan emosi yang mungkin timbul dari masa kesemasa. Kadangkala dia perlu membincangkan perasaannya dengan doktor. Mungkin jika anak berkelakuan demikian ini ada kaitan dengan emosi ibu itu sendiri. Memang telah diakui bahawa cara ibu berinteraksi dengan bayinya boleh mempengaruhi gerak balas bayi dengannya. Ibu yang mangalami tekanan emosi , tergesa -gesa dalam melakukan tugas -tugas rumahnya dan berasa kurang yakin pada dirinya sebagai ibu selalu mendapati anaknya asyik menangis.
Selepas umur lima atau enam bulan bayi mungkin menangis kerana ketakutan. Dia mungkin menangis jika terpandang wajah orang yang tidak dikenalinya , atau dia terjaga ditempat yang asing baginya. Kadangkala terdapat juga bayi -bayi yang berumur lebih dari sembilan bulan menangis jika ibunya mendukung bayi orang lain.
 Seseorang bayi mungkin menangis jika dia tidak berpeluang mandapat barang mainan atau dia dibiarkan dengan lamanya. Dia menangis kerana berasa bosan. Jika dia sedang asyik bermain -main dengan sesuatu barang mainan dan barang mainan itu diambil daripadanya tentu dia akan menangis.
Kesimpulan
Ibu yang mendapati anaknya selalu menangis perlu memahami sebab -sebab yang boleh menimbulkan keadaan ini. Jika bukan kerana lapar , panas , sejuk , sakit atau letih sebab -sebab yang perlu difikirkan adalah :
1 - Bayi memerlukan pelukan ibu.
2-   Bayi mengalami keadaan yang biasa didapati dikalangan bayi dibawah umur 3 bulan dan keadaan ini selalunya berhenti selepas tiga bulan.
3 -  Perasaan negatif ibu sendiri yang mungkin menjadikannya kurang tenteram atau kurang yakin menjagabayinya.
 Cara -cara yang boleh dicuba untuk mententeramkan bayi
1 - Bayi dibiarkan menghisap puting kalau ini dapat mententeramkannya. Perasaan tidak senanghati melihat bayi menghisap puting sering terdapat dikalangan ibu -ibu. Mereka khuatir kalau -kalaupertumbuhan gigi bayi akan terjejas. Ini dianggap tidak tepat oleh para doktor gigi dan pakar kanak -kanak . Tetapi membiarkan bayi menghisap puting yang dicelup dalam manisan tidak digalakan keranaini akan menimbulkan penyakit gigi dental caries.
2 - Tidurkan bayi di atas buaian dan dihayun serta didodoikannya.
 3 - Ada setengah -setengah bayi yang boleh ditenteramkan jika dienjut -enjut di atas pangkuan ibu.   
4 - Bawa bayi berjalan menaiki kereta. Bunyi kereta selalu mententeramkan bayi.
Untuk Lebih Jelasnya silahkan Kunjungi Empunya artikel ini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jika ada sembarang pertanyaan silahkan komentar disini.