Sejarah Ringkas Blog

Pada awal kemunculan blog, ia lebih cenderung digunakan sebagai diari dan juga catatan dan juga catatan harian seseorang individu.Seorang blogger lebih gemar menulis tentang kehidupan harian mereka. khusus untuk bacaan serta tatapan teman-teman rapat. Sekali-sekala, blogger akan menjadikan blog sebagai tempat untuk untuk melepaskan geram serta tempat meluahkan pendapat pribadi mereka tentang sesuatu isu yang berlaku di dalam kehidupan.
Namun begitu, seiring dengan peredaran masa, penggunaan blog telah dipelbagaikan dan diperluaskan.
Blog kini bukan saja dijadikan sebagai pengganti diari konvensional, malah blog juga turut dujadikan seagai sebuah medium penyebaran informasi dan kemunikasi antara seseorang individu dengan masyarakat dunia. Ada sesetengah individu menjadikan blog sebagai tempat untuk mereka menyuarakan pendapat-pendapat pribadi mereka tentang dunia politik semasa.
ada yang gemar memberikan nasihat-nasihat yang berbentuk keagamaan di dalam blog mereka, dan ada juga yang menjadikan blog sebagai tempat menyiarkan berita-berita terkini tentang perkembangan artis serta pasukan sepak bola kegemaran mereka. Ringkasnya, blog boleh menjadi apa saja mengikut kemauan pemiliknya.

Ketentuan Weblog telah dicifta oleh Jorn Barger pada 17 Desember 1997. walau bagaimanapun, Peter Merholz telah menemui perkataan 'blog' dengan memecahkan perkataan 'weblog' menjadi menjadi 'we blog' dan meletakkan di bagian tepi blog beliau. Pada mulahnya, ianya hanyalah sekedar suka-suka dan gurauan. tetapi lama-kelamaan istilah blog tersebut telah diterimah pakai dengan meluasnya hingga hari ini.

Pada Tahun 199, laman Xanga telah diperkenalkan. Pada waktu itu, hanya terdapat 100 blog yang berbentuk diari telah diwujudkan. Namun begitu, menjelang Disember 2005 bilangan blog di dalam web tersebut telah bertambah dengan ketara dan mencecah bilangan 20 juta. Pada masa kini blog telah menjadi semakin penting didalam kehidupan. Contohnya, pada tahun 2004, blog telah dijadikan sebagai salah satu saluran penyebaran informasi utama yang mencatatkan tentang pristiwa Tsunami. Perkara yang sama juga berlaku sewaktu kejadian ribut Kartina yang berlaku di USA pada Ogos 2005.

Beberapa blogger di New Orleans, Amerika yang masih mempunyai sambungan Internet, telah melaporkan serta menyebarkan banyak informasi penting yang tidak dapat disiarkan oleh saluran media massa utama. Pada November 2006, enjin pencarian blog, Technorati, telah mengenal pasti bahwa terdapat lebih daripada 57 juta blog dihasilkan di Internet.

Anda bisa juga baca yang ini, Kenali Apa Itu Blog

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jika ada sembarang pertanyaan silahkan komentar disini.